Thursday, December 30, 2010

Malaysia guna khidmat pemain bola Indon untuk menang piala AFF 2010



Akhbar popular Indonesia KOMPAS, kali ini memainkan isu lain setelah Timnas (Team Nasional) Indonesia bagaikan Garuda yang patah sayap di dalam Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 apabila kepaknya dirobek-robek oleh Harimau Malaya dan menyaksikan penyokong pasukan bola sepak kebangsaan negara Indonesia kecewa menyaksikan pemain-pemain bola sepak dari Pasukan Malaysia yang girang merangkul Piala Suzuki AFF di stadium mereka sendiri.

Di dalam tajuk utama KOMPAS bola, "Lho, Juara AFF Keturunan Orang Indonesia" akhbar itu ingin menggambarkan kepada rakyat bahawa Indonesia sebenarnya dikalahkan oleh bangsa Indonesia sendiri. Mungkin terlalu kecewa sesudah tewas kepada Malaysia, maka akhbar itu mendakwa bahawa Malaysia sebenarnya menggunakan khidmat pemain keturunan Indonesia untuk merangkul Piala kejohanan tersebut.

Apa yang harus diketahui, tidak dinafikan ramai rakyat Malaysia yang berasal dari Indonesia, malah boleh dikatakan sebilangan besar rakyat Malaysia merupakan keturunan pendatang dari negara-negara jiran. Kami di sini tidak pernah menolak kenyataan itu. Kami di sini juga tidak malu atau segan untuk mengakui asal usul kami yang sebilangan besar dari Indonesia. Kami akui bahawa bangsa Malaysia dan Indonesia adalah 'serumpun'.

Bila kalah lawan bola boleh pula mengaku ada pemain Malaysia yang berasal dari Indonesia, namun saat mereka ingin mengganyang Malaysia dengan pasukan buluh runcingnya, dengan persatuan Benderanya, mereka lupa bahawa ramai rakyat Malaysia yang berasal dari Indonesia. Semoga kekalahan Indonesia ini akan menyedarkan dan memberi perubahan kepada konflik Indonesia-Malaysia ke arah yang lebih positif.

Sukan, sukan punya ceritalah, perang di Palestin dan Afghanistan boleh berhenti kerana Piala Dunia, takkan kerana bola penyokong Indon dan Malaysia nak berperang pula.


Source: Malaysia guna khidmat pemain Indon untuk menang piala AFF 2010 - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/12/malaysia-guna-khidmat-pemain-indon.html#ixzz19YHbkVul


1 comment:

  1. dah tak ada modal la tu..kalau dah kalah tu kalah ar,,cakap banyak plak..kan?hehe :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...